Fakta Berkaitan

Selamat sejahtera

Anda perlu tahu ini untuk memantapkan perniagaan anda di mana organisasi syarikat pun.


  • Pelanggan tidak menjadi pembeli kepada anda untuk insentif / kebaikan anda. Tapi pelanggan menjadi pembeli kerana pembeliannya  akan memberinya kemudahan / keselesaan dan insentif lain untuk dirinya.
  • Pelanggan adalah TETAMU yang penting dalam perniagaan anda. pelanggan tidak bergantung pada anda, sebaliknya andalah BERGANTUNG pada mereka. Pelanggan tidak menganggu tugas anda, sebaliknya merekalah MATLAMAT pada tugas anda.
  • Pelanggan bukan orang asing pada perniagaan anda, mereka adalah SEBAHAGIAN DARIPADA perniagaan anda.
  • Pelanggan tidak mendapat ganjaran apabila anda melayan mereka, sebaliknya pelanggan memberi GANJARAN kepada anda kerana memberi peluang untuk anda melayan mereka.
         kata-kata nasionalis india, Mahatma Gandhi. 

  • Ramai peniaga cemerlang sentiasa mengekalkan hubungan yang rapat dengan pelanggan jauh dan dekat. Sama ada dengan kaedah langsung ,telekomunikasi ,dan siber .
         Dari saya.



Fakta berkaitan.


"9/10 daripada punca rezeki anda ada dalam perniagaan''.

   Zaman sekarang adalah zaman teknologi tinggi dan zaman orang cerdik pandai. Urusan hidup seharian manusia banyak dipermudahkan oleh mesin.Pada masa ini, proses membayar bil utiliti seperti air, elektrik, dan telefon boleh dibuat dari rumah melalui internet. Malahan banyak lagi urusan boleh dilakukan tanpa anda turun padang ,antaranya lagi membayar saman, membeli tiket penerbangan, menempah hotel dan sebagainya. Hampir semua dimudahkan dengan online. Akibatnya tenaga manusia semakin kurang diperlukan. Misalnya, ramai kakitangan bank diberi piliha berhenti kerja disebabkan aktiviti penggabungan bank (marger). Stesen minyak petronas di bandar dungun misalnya, mula mempraktikkan perkhidmatan layan diri pada bulan Januari 2005. perkara ini menyebabkan bilangan pekerjanya dikurangkan kepada hanya beberapa orang sahaja.
  Zaman ini dikatakan sebagai zaman ramai orang cerdik kerana bilangan graduan institusi pengajian tinggi yang lulus dengan cemerlang, ibarat buih di lautan, sehinggakan statistik pengangguran daripada golongan terpelajar meningkat.
  Apa yang saya mahu perkatakan disini adalah, keadaan semasa memberi kelebihan kepada yang mahu bekerja sendiri bagi mencari nafkah hidup.
    
Selain daripada apa yang dibincangkan diatas, usahawan juga mempunyai kelebihan seperti ;
  • Peluang menjadi bos kepada diri sendiri tanpa perlu menerima arahan daripada seseiapa.
  • peluang mengurus masa mengikut kesesuaian diri.
  • Berpotensi memperolehi pendapatan lebih lumayan berbanding makan gaji.
  • Berpeluang belajar mencipta peluang daripada peluang serta cabaran yang ada.

Ingat!
    ''Untung tidak semestinya berkat, Tetapi berkat itu pasti membawa kepada untung"


  Renungkanlah.